Kelas ICT – Kuiz Microsoft Excel & Publisher

17 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Excel dan Publisher kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Excel dan Publisher yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan memilih kuiz Microsoft Excel bertajuk Identify The Components. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Excel iaitu dengan meneliti soalan dan memilih jawapan menggunakan template Quiz Markah akan diberikan selepas mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Pada sesi kedua pula, peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan Publisher di laman web Wordwall. Markah akan dipaparkan setelah mereka selesai memadankan setiap jenis template dengan gambar yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali